Pentaksiran Sumatif dalam Musim PKPB

Dah masuk dua bulan dan setengah lagi serta Ramadan juga hampir nak habis.

Musim ni penuh dengan cabaran; cabaran duduk rumah, cabaran layan anak, cabaran mengajar online, cabaran membuat pentaksiran di rumah… Banyak lah.

Pada hari ini, kami di SMIH BP julung-julung kali membuat ujian untuk anak-anak murid batch pertama kali secara atas talian.

Kami merasakan perlu juga ada pentaksiran sumatif yang boleh menentukan berapa banyak daripada subject matter yang mereka dapat hadamkan.

Terdapat beberapa had dan limitasi yang tidak perlu kami fikirkan andai bukan dalam suasana PKP. Iaitu:

  1. Bagaimana untuk memastikan anak-anak murid buat dengan telus dan ikhlas tanpa meniru?
  2. Bagaimana kami akan menjadualkan supaya mudah untuk murid menjawab sambil masih mengambil kira cabaran 1?
  3. Berapa banyak soalan yang perlu ditanya?
  4. Apakah jenis soalan yang sesuai untuk ditanya?

Setelah berbincang sehingga tepu otak, kami telah putuskan untuk buat dengan menggunakan Quizizz. Masa terhad bagi setiap soalan, jadi kalau tidak digunakan untuk membaca, memikirkan dan memilih jawapan (baca: maknanya buka buku dan cari jawapan : hint, hint, nudge, nudge), maka murid tidak akan sempat untuk menjawab dengan tepat.

Selain itu, bagi kami yang lebih penting ialah mereka sendiri merasakan bahawa meniru itu tidak perlu dan tidak elok. Ini adalah lebih akhlak yang lebih cantik dan sekiranya mereka benar-benar menjaga diri, maka kami merasa selesai salah satu matlamat kami; mendidik perasaan diawasi ALLAH sentiasa.

WALLAHU a’lam. Mungkin pilihan ini bukan yang paling tepat, tapi paling tidak kami telah berusaha.

Doakan.

Buat Ulasan

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram