Terbuka untuk kolaborasi & projek

Salam & Hi, Saya
Umayr Sayfurrahman bin Ainullotfi

Web Developer | GPK Tarbiah & Kokurikulum

Pembangun aplikasi web premium, pendidik inovatif, dan penggerak tarbiah sekolah. Menggabungkan teknologi moden dengan pembangunan insan yang berkualiti.

Profil Diri

Latar belakang, falsafah peribadi, dan kepakaran teras saya.

Umayr Sayfurrahman

Umayr Sayfurrahman bin Ainullotfi

Web Developer | GPK Tarbiah & Kokurikulum

Latar Belakang & Visi Diri

Seorang Web Developer profesional yang aktif membangunkan penyelesaian digital dan perundingan teknologi di Sayf Tech Consultancy, sambil menggalas tanggungjawab sebagai pendidik dan pemimpin pembangunan insan serta kokurikulum di institusi pendidikan Islam.

Teras Kepakaran & Tanggungjawab
Web Development Pengurusan Tarbiah & Sekolah Web Design (UI/UX) Kepimpinan Pendidikan

Pengalaman Kerja

Garis masa kerjaya profesional, tugasan utama, dan peranan penting saya.

Jurulatih Memanah Tradisional

SAR Archery SMIHBP Olak Batu
2025-06-01 — Kini

Melatih ahli-ahli kelab berumur 12-18 tahun dengan kemahiran-kemahiran memanah tradisional, dan menghantar mereka ke pertandingan-pertandingan yang berkaitan.

Web Developer

Sayf Tech Consultancy Remote
2021-05 — Kini

Membangunkan aplikasi web moden, integrasi API, reka bentuk pangkalan data, dan menyediakan khidmat perundingan teknologi maklumat untuk perniagaan serta institusi.

Guru Penolong Kanan Tarbiah dan Kokurikulum

Sek Men Islam Hidayah Pasirris Batu Pahat Batu Pahat, Johor
2023-01 — Kini

Mengurus, menyelaras, dan memimpin program tarbiah pelajar serta aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah bagi memastikan kemenjadian murid secara holistik.

Penyelaras Pembangunan Insan

Sek Men Islam Hidayah Pasirris Batu Pahat Batu Pahat, Johor
2020-01 — 2023-01

Merancang dan melaksanakan modul pembangunan sahsiah, disiplin, dan kerohanian untuk para pelajar.

Guru (AJK Tarbiah dan Penyelaras KRSM)

Sek Men Islam Hidayah Johor Bahru Johor Bahru, Johor
2014-01 — 2019-12

Mengajar subjek akademik dan agama, menyelaraskan aktiviti Kadet Remaja Sekolah Musleh (KRSM), serta menguruskan jawatankuasa tarbiah sekolah.

Portfolio Projek

Lihat hasil kod, rekaan UI/UX, dan projek pengurusan saya mengikut pengelasan.

Visual ProjekWeb Dev

Citra Syamil

Sistem pelaporan perkembangan murid secara holistik dengan mengambil kira Teras Sahsiah, Teras Ilmu dan Teras Kepimpinan. Pelaporan ini meliputi perkembangan akademik murid, PBD murid dalam kelas, ulasan guru, pentaksiran Insan Rabbani IKRAM Musleh, penjawatan dan pelibatan murid.

Visual ProjekWeb Dev

e-Tasmi

Sistem untuk menguruskan perekodan hafazan murid, pentaksiran kualiti hafazan dan tilawah, pelaporan pencapaian Quran kepada murid dan ibubapa.

Visual ProjekWeb Dev

Sistem Pilihanraya MPP

Sistem untuk memudahkan proses pencalonan dan pemilihan Ahli Majlis Perwakilan Pelajar, di samping menguruskan pengundi, proses pengundian anonimous, dan pelaporan keputusan pilihanraya tersebut.

Visual ProjekWeb Dev

Sistem Pengurusan Kewangan Program

Sistem untuk menguruskan keluar masuk duit yang diterima untuk menguruskan program dengan teratur serta membuat pelaporan kepada jabatan kewangan dengan mudah.

Visual ProjekWeb Dev

Digital RPH SMIHBP - AI Powered

Sistem untuk menguruskan rancangan, pelaporan, dan pemantauan RPH bagi guru-guru SMIHBP. Dikuasakan juga dengan Gemini untuk membantu mendapatkan idea rancangan PdPc.

Visual ProjekKepimpinan

Modul Misi Kembara Perkhemahan

Modul yang berobjektif melatih ketahanan diri, membina hubungan dengan ALLAH dan membangunkan empati dalam diri peserta. Satu perjalanan melebihi 5km dengan merangkumi 5 titik semak merangkumi; Kawad, Beladiri, Panahan Tarung, Fitness dan Ikhtiar Hidup.

Visual ProjekWeb Design

IMAN ELC

Laman web untuk rangkaian Taska, Tadika dan Pusat Jagaan IMAN ELC.

Visual ProjekWeb Design

Ge4

Laman web untuk Ge4 network. Untuk senaraikan universiti-universiti teknikal serata dunia yang menjadi ahli dan memudahcara pertukaran ilmu, dan pengalaman.

Visual ProjekWeb Design

Yayasan Baitulbayan

Laman web bagi Yayasan Baitulbayan. Untuk memasarkan usaha mencari dana bagi usaha keilmuan dan kefahaman Islam.

Visual ProjekWeb Design

Pusat Pendidikan Hidayah Bhd

Laman web untuk PPH Bhd yang menaungi 4 buah sekolah swasta Islam di Johor.

Visual ProjekWeb Design

IKRAM Health

Laman web bagi IKRAM Health, satu NGO yang mengadvokasikan isu-isu kesihatan di Malaysia.

Visual ProjekWeb Design

PKPM

Laman web untuk Pertubuhan Kesejahteraan Psikospiritual Malaysia, sebuah NGO advokasi kesihatan mental dan kesejahteraan spiritual.

Hubungi Saya

Sila hubungi saya melalui pautan rasmi di bawah untuk sebarang tawaran, kolaborasi atau pertanyaan.

Sedia Membina Sesuatu Yang Hebat?

Sama ada membina modul tarbiah moden, pengaturcaraan aplikasi sekolah, ataupun reka bentuk portfolio interaktif—saya sedia berkhidmat.

Dibangunkan dengan Nuxt v4 & Nuxt UI v4

Umayr Sayfurrahman • © 2026