Berikan hadiah kepada pelajar yang menghafaz Quran

Ended!
Category:

Assalamu ‘alaykum warahmatu LLAH. 

Saya ‘Umayr Sayfurrahman, dan saya adalah seorang guru Quran yang mengajar tilawah dan hafazan kepada pelajar-pelajar saya di Sekolah Islam Hidayah, Johor Bahru.

Bermula daripada tahun lepas, saya mengadakan beberapa “Challenge” yang pelajar saya boleh usahakan untuk capai. Ini adalah sebahagian daripada usaha untuk memotivasikan mereka agar menghafal al-Qur’an.

Contoh “Challenge” yang saya tetapkan adalah:

  1. Capai sasaran hafazan tahunan (1 juzu’ dua kali pusing – hafazan 1 kali dan murajaah 1 kali)
  2. Jadi kumpulan terbaik dalam kelas.
  3. Paling banyak hafaz dalam tempoh dua minggu.
  4. Kualiti tasmi’ terbaik.

Dan beberapa lagi.

Apabila saya laksanakan konsep ini, nampak jelas pelajar saya lebih bersemangat untuk menghafaz al-Quran dan ada yang tahap prestasinya luar biasa berbanding dengan tahun sebelum-sebelumnya.

Namun ini untuk melakukan semua ini, saya perlukan sumber kewangan untuk menyokong usaha ini.

Tahun sebelum ini, saya hanya mampu memberikan daripada apa yang saya ada… tidak banyak. Tidak berkadaran dengan usaha yang pelajar saya berikan.

Oleh itu, saya ingin membuka ruang kepada anda untuk memberikan sokongan anda terhadap usaha ini dan menjadikan usaha ini sebagai jariah anda di akhirat.

Berikan sumbangan seikhlas hati anda.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Berikan hadiah kepada pelajar yang menghafaz Quran”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Total Backers0
Total SumRM0.00
GoalRM500.00
RemainingRM500.00
Remaining
Start Date23 September, 2018
End Date30 September, 2018
Time RemainingThe campaign ended 2 months, 17 days, 23 hours, 14 minutes, 15 seconds ago
Time Remaining