PELUANG PELABURAN DALAM PERNIAGAAN AKHIRAT YANG MENGUNTUNGKAN

Assalamu 'alaykum...

Nama saya ‘Umayr Sayfurrahman. Saya seorang guru di Sekolah Menengah Islam Hidayah dan saya mengajar al-Qur’an.

Saya bersama-sama pelajar tingkatan 5 saya

Sedikit mengenai kelas-kelas saya...

Saya mengajar subjek Hafazan, Tilawah dan Tajwid. Berikut sedikit maklumat kelas-kelas saya.

0
Kelas
0
Tingkatan
0
Pelajar
0 +
Tasmi

Sasaran yang perlu dicapai...

Di sekolah-sekolah rangkaian IKRAM Musleh seperti SMI Hidayah, pelajar perlu menghafaz sekurang-kurangnya 1 juzu’ dalam tempoh 1 tahun. Ini berjumlah 5 juzu’ dalam tempoh 5 tahun. 

Kalau dibandingkan dengan sekolah tahfiz sepenuh masa, jumlah ini sedikit. Tapi bila mengambil kira waktu persekolahan panjang* dan subjek yang banyak**, sasaran ini menjadi berat untuk dicapai.

* 7:45pg-4:00ptg (8.25 jam)     ** 17-19 subjek (KSSM dan SPPIM)

Misi-misi al-Qur'an

Semenjak 2016, saya telah mewujudkan beberapa siri misi bagi menggalakkan pelajar-pelajar saya menghafaz al-Quran. Misi-misi yang saya kemukakan pelbagai. Ada yang berkumpulan, ada yang individu. Di bawah ada beberapa contoh.

Pertandingan

Pelajar dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan dan kumpulan yang paling banyak tasmi menang.

Penamat

Pelajar berjaya menamatkan 1 pusingan tasmi hafazan baru dan 1 pusingan tasmi murajaah.

Mastery

Setiap usaha pelajar (cubaan tasmi, kualiti tilawah, sikap, dsb) diberikan mata. Pada kadar mata tertentu pelajar diberikan pangkat. Contoh pangkat: Master, Grandmaster, Legend.

Kerjasama

Setiap pelajar perlu mencapai satu tahap minimum sebelum tarikh yang ditetapkan. Cabaran hanya dikira selesai sekiranya SEMUA pelajar lepas tahap tersebut.

Penulisan

Pelajar perlu menghantar penulisan al-Qur'an berdasarkan ayat-ayat yang mereka perlu hafal.

Sikap

Sikap pelajar pelajar juga diberikan mata. Ini untuk menggalakkan akhlak dan sikap yang baik serta usaha yang berterusan.

Pecutan

Pelajar diberikan dua minggu untuk tasmi 5 mukasurat al-Quran hafazan baru.

Nombor 1

Pelajar mendapatkan kedudukan nombor 1 kelas dalam tempoh waktu yang diberikan.

Namun begitu...

…saya perlu menyediakan ganjaran atau hadiah untuk setiap satu misi yang saya tetapkan. Ini satu cabaran yang besar buat saya. Sebelum ini saya hanya menggunakan apa yang saya punyai. Kalau banyak, banyaklah yang saya beri. Kalau sedikit, sedikitlah yang pelajar saya dapat. 

Oleh itu...

Saya memerlukan insan-insan yang suka menyumbang untuk menggalakkan penghayatan al-Quran dalam kehidupan. Saya perlukan anda untuk menyumbang!

Ingat...

Pahala 10x-700x

Orang yang infaqkan harta pada jalan ALLAH mendapat pahala 10x sehingga 700x kelak di akhirat. Ini amat bertepatan dengan ayat surah Baqarah:261. Kejarlah peluang untuk melakukan kebaikan!

Sadaqah Jariah

Anda menyumbangkan harta untuk meningkatkan kemahiran al-Qur'an seorang pelajar. Bayangkan pahala yang anda dapat selagimana pelajar tersebut mengulang baca ayat-ayat yang dihafal dalam tahun ini dengan galakan sumbangan anda.

Ketenangan Dunia

Membantu orang lain secara fitrahnya akan membawa ketenangan kepada orang yang membantu. Anda akan berasa puas dengan bantuan yang anda hulurkan. Dan bukan sembarang bantuan... Bantuan untuk menggalakkan orang membaca al-Qur'an!

Oleh itu...

Saya memerlukan insan-insan yang suka menyumbang untuk menggalakkan penghayatan al-Quran dalam kehidupan. Saya perlukan anda untuk menyumbang!

Pilihlah sumbangan mana yang anda mahu...

...buatlah sumbangan mana yang anda mampu!

SUMBANG Hadiah Kumpulan Hafazan

TAJA Hadiah Tamat Hafazan