Arahan Kerja

Mukhayyam Tingkatan 4

Pada 27-29 Jun 2019, antum akan bertolak ke Mukhayyam Tingkatan 4. Oleh itu antum perlu mula melaksanakan persiapan-persiapan untuk menghadapi mukhayyam tersebut. 

Laman ini adalah laman rujukan untuk arahan-arahan Mukhayyam Tingkatan 4. Antum diminta untuk sentiasa merujuk laman ini untuk maklumat dan makluman terkini. 

Antum perlu melaporkan progress persiapan antum bagi setiap persiapan di bawah. Ada yang dilaporkan melalui Google Form, dan ada yang antum perlu cetak dan serahkan. 

Setiap persiapan akan menyumbang markah untuk seksyen antum. Oleh itu buatlah yang terbaik dengan kesungguhan yang bersungguh. 

Ada soalan? Lihat FAQ di bawah.

Agihan Tugasan

Antum sebagai satu batch adalah satu pasukan yang besar. Oleh itu, antum perlu lantik dalam batch antum jawatan penting untuk mukhayyam. Berikut adalah jawatan-jawatan tersebut.

  1. Penghulu – bertanggungjawab menguruskan seluruh kompeni tingkatan 4. 
  2. Penghuluwati – bertanggungjawab membantu penghulu menguruskan fatayat Tingkatan 4.
  3. Disiplin Syabab – membantu penghulu menguruskan ketepatan waktu, keseragaman pakaian dan lain-lain urusan disiplin. 
  4. Disiplin Fatayat – seperti disiplin syabab tetapi untuk fatayat. 

Selain daripada itu setiap seksyen perlu menetapkan tugas dan tanggungjawab setiap ahli pasukan. Pastikan SETIAP ahli ada tugasan. Satu tugasan boleh ditanggung bersama beberapa orang kecuali ketua dan timbalan.

Berikut adalah peranan yang perlu diisi. Antum boleh menambah peranan-peranan lain yang antum rasakan penting. 

  1. Ketua Seksyen – mengurus seksyen. 
  2. Timbalan Ketua Seksyen – membantu ketua mengurus seksyen. 
  3. Setiausaha – mengurus dokumen dan surat-surat seksyen. 
  4. Bendahari – mengurus kewangan seksyen.
  5. Quartermaster – mengurus peralatan dan inventori peralatan.
  6. Chef – menguruskan menu dan bahan masakan. 

Sila laporkan di borang di bawah tentang persiapan ini sebelum tamat 23 Jun 2019.

hari
jam
minit
saat
Tarikh tamat telah berlalu! Cepat serahkan agihan tugasan!

Makanan

Antum perlu merancang makanan untuk 3 hari. Untuk setiap hari, antum perlu sediakan menu dan bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak menu tersebut. 

Setiap kumpulan WAJIB memasak. Pastikan bahan yang dibawa sesuai dan peralatan untuk memasak cukup tanpa terlalu memberatkan. 

Setiap menu hendaklah dihadkan bajet kepada maksimum RM4 seorang. Sekiranya kurang daripada itu, antum berkemungkinan dapat markah tambahan berdasarkan jumlah yang dijimatkan.

Nota penting: MI SEGERA atau seumpamanya TIDAK dibenarkan!

Berikut adalah meals yang antum perlu sediakan menu.

Khamis (27 Jun)

Sarapan

Makan di sekolah/rumah

Tengahari

Beli di sekolah

Makan Malam

(Pertandingan)

Rujuk di bawah

Jumaat (28 Jun)

Sarapan

Masak!

Tengahari

Bekalan yang dimasak pada waktu pagi.

Makan Malam

WAJIB masak

Sabtu (29 Jun)

Sarapan

Masak!

Tengahari

Disediakan (tidak perlu masak)

Tema pertandingan memasak ialah “Pasta dan Cendawan.” 

Antum perlu menyediakan: 

  1. Main course bertemakan pasta dan cendawan. 
  2. Satu dessert. 
  3. Satu jenis air yang menarik.

Sila laporkan perancangan antum dalam borang di bawah sebelum tamat 25 Jun 2019.

hari
jam
minit
saat
Tarikh tamat telah berlalu! Cepat serahkan menu makan!

Kelengkapan

Antum juga perlu menyediakan kelengkapan bagi seksyen antum. Hendaklah antum memastikan sekurang-kurangnya barang wajib di bawah dilengkapkan. Antum boleh menambah apa-apa peralatan lain yang dirasakan perlu, tapi ingat… perlu seimbangkan antara berat membawa dan keperluan yang diperlukan.

Antum juga perlu mempersiapkan 3 jenis gajet. Sila rujuk di bawah untuk gajet tersebut. Antum akan dinilai pada kualiti gajet-gajet yang dibina.

Sekiranya perlu meminjam, pastikan proses dilakukan dengan baik. Iaitu dengan surat yang berkaitan ditulis dan dikeluarkan, izin diperolehi dengan baik, kelengkapan yang dipinjam dijaga dan direkod seterusnya dipulangkan dalam keadaan yang baik. 

Wajib Ada

Khemah Serba Lengkap

Peralatan Untuk Memasak

Peralatan Untuk Gajet

Gajet Untuk Dibina

Tripod Para Dua Tingkat

Rak Kasut

Jerat Libas

(contoh)

Sila muat turun borang kelengkapan di bawah, pastikan quartermaster melengkapkan borang sepanjang masa; ketika meminjam / mengeluarkan, ketika tiba di kem, sebelum bertolak dari kem dan ketika memulangkan.

Sekiranya mahu meminjam daripada stor KRS SMIH, sila berhubungan dengan Left Muda KRSM Baihaqi Mohd Hatta.

Borang ini hendaklah diserahkan pada Left Muda KRSM Baihaqi Mohd Hatta setelah barang-barang dipulangkan dalam keadaan yang baik

Ruhi

Sila buat persiapan ruhi bermula hari ini, sehingga tamat program mukhayyam kali ini.

Berikut adalah apa yang antum perlu persiapkan sebelum program.

Amal

Kuantiti

Penerangan

Solat Malam

5x

Ini tidak termasuk qiyam dalam mukhayyam

Tilawah

5ms sehari

Lebih baik lebih daripada kurang

Istighfar

70x sehari

Boleh semudah "astaghfirullah"; digalakkan dibuat lebih.

Zikir

400x sehari

Selain istighfar

Sedekah

RM5 (jumlah)

Ini jumlah besar, dialu-alukan untuk membuat lebih.

Hafal Hadith

2 hadith

Mana-mana dua hadith

Hafal Ayat Quran

Surah 8:60

Satu ayat sahaja

Sila serahkan mutabaah amal kepada Ustaz Umayr pada 27 Jun 2019 ketika tiba di kem.

hari
jam
minit
saat
Tarikh tamat telah berlalu! Cepat serahkan menu makan!

Identiti

Antum juga perlu menyiapkan bendera dan sorakan bagi seksyen anda. 

Bendera perlu: 

  1. Bersaiz 1 meter x 0.5 meter. 
  2. Diwarnakan dan dilakarkan logo kumpulan.
  3. Dipasangkan pada kayu.
  4. Dibawa ke mukhayyam.

Sorakan perlu: 

  1. Ada laungan (suara jelas). 
  2. Ada gaya gerakan. 
  3. Gerakan menepati ciri kesopanan.
  4. Senikata laungan perlu sopan.

Sila muat naik lakaran bendera antum sebelum tamat 23 Jun 2019.

hari
jam
minit
saat
Tarikh tamat telah berlalu! Cepat serahkan agihan tugasan!

Ziarah

Setiap kumpulan perlu menyediakan sebuah hamper barangan dapur yang bernilai minimum RM30.

Barangan terdiri daripada:

Beras
5kg

Tepung Gandum
1kg

Gula
1kg

Susu Pekat
1 tin

Lain-lain yang sesuai

Kumpulan

Akan dikemaskini kemudian.

FAQ - Pertanyaan

Apa barang-barang peribadi yang perlu ana bawa?

Lihat di bawah: 

Bila waktu terakhir ana boleh serahkan laporan?

Sila rujuk deadline untuk setiap persiapan di atas. 

Boleh tak kami nak pilih ketua seksyen yang tidak berpangkat?

Pilih orang yang paling antum percayai untuk jalankan tanggungjawab sebagai ketua. 

Ketua mestilah orang yang paling antum taat dan paling boleh memacu seksyen antum untuk melaksanakan tugasan dengan sebaiknya.