Pada 27-29 Jun 2019, antum akan bertolak ke Mukhayyam Tingkatan 4. Oleh itu antum perlu mula melaksanakan persiapan-persiapan untuk menghadapi mukhayyam tersebut.
Laman ini adalah laman rujukan untuk arahan-arahan Mukhayyam Tingkatan 4. Antum diminta untuk sentiasa merujuk laman ini untuk maklumat dan makluman terkini.
Antum perlu melaporkan progress persiapan antum bagi setiap persiapan di bawah. Ada yang dilaporkan melalui Google Form, dan ada yang antum perlu cetak dan serahkan.
Setiap persiapan akan menyumbang markah untuk seksyen antum. Oleh itu buatlah yang terbaik dengan kesungguhan yang bersungguh.
Ada soalan? Lihat FAQ di bawah.
Antum sebagai satu batch adalah satu pasukan yang besar. Oleh itu, antum perlu lantik dalam batch antum jawatan penting untuk mukhayyam. Berikut adalah jawatan-jawatan tersebut.
Selain daripada itu setiap seksyen perlu menetapkan tugas dan tanggungjawab setiap ahli pasukan. Pastikan SETIAP ahli ada tugasan. Satu tugasan boleh ditanggung bersama beberapa orang kecuali ketua dan timbalan.
Berikut adalah peranan yang perlu diisi. Antum boleh menambah peranan-peranan lain yang antum rasakan penting.
Sila laporkan di borang di bawah tentang persiapan ini sebelum tamat 23 Jun 2019.
Antum perlu merancang makanan untuk 3 hari. Untuk setiap hari, antum perlu sediakan menu dan bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak menu tersebut.
Setiap kumpulan WAJIB memasak. Pastikan bahan yang dibawa sesuai dan peralatan untuk memasak cukup tanpa terlalu memberatkan.
Setiap menu hendaklah dihadkan bajet kepada maksimum RM4 seorang. Sekiranya kurang daripada itu, antum berkemungkinan dapat markah tambahan berdasarkan jumlah yang dijimatkan.
Nota penting: MI SEGERA atau seumpamanya TIDAK dibenarkan!
Berikut adalah meals yang antum perlu sediakan menu.
Sarapan
Makan di sekolah/rumah
Tengahari
Beli di sekolah
Makan Malam
(Pertandingan)
Rujuk di bawah
Sarapan
Masak!
Tengahari
Bekalan yang dimasak pada waktu pagi.
Makan Malam
WAJIB masak
Sarapan
Masak!
Tengahari
Disediakan (tidak perlu masak)
Tema pertandingan memasak ialah “Pasta dan Cendawan.”
Antum perlu menyediakan:
Sila laporkan perancangan antum dalam borang di bawah sebelum tamat 25 Jun 2019.
Antum juga perlu menyediakan kelengkapan bagi seksyen antum. Hendaklah antum memastikan sekurang-kurangnya barang wajib di bawah dilengkapkan. Antum boleh menambah apa-apa peralatan lain yang dirasakan perlu, tapi ingat… perlu seimbangkan antara berat membawa dan keperluan yang diperlukan.
Antum juga perlu mempersiapkan 3 jenis gajet. Sila rujuk di bawah untuk gajet tersebut. Antum akan dinilai pada kualiti gajet-gajet yang dibina.
Sekiranya perlu meminjam, pastikan proses dilakukan dengan baik. Iaitu dengan surat yang berkaitan ditulis dan dikeluarkan, izin diperolehi dengan baik, kelengkapan yang dipinjam dijaga dan direkod seterusnya dipulangkan dalam keadaan yang baik.
Khemah Serba Lengkap
Peralatan Untuk Memasak
Peralatan Untuk Gajet
Sila muat turun borang kelengkapan di bawah, pastikan quartermaster melengkapkan borang sepanjang masa; ketika meminjam / mengeluarkan, ketika tiba di kem, sebelum bertolak dari kem dan ketika memulangkan.
Sekiranya mahu meminjam daripada stor KRS SMIH, sila berhubungan dengan Left Muda KRSM Baihaqi Mohd Hatta.
Borang ini hendaklah diserahkan pada Left Muda KRSM Baihaqi Mohd Hatta setelah barang-barang dipulangkan dalam keadaan yang baik.
Sila buat persiapan ruhi bermula hari ini, sehingga tamat program mukhayyam kali ini.
Berikut adalah apa yang antum perlu persiapkan sebelum program.
Amal
Kuantiti
Penerangan
Solat Malam
5x
Ini tidak termasuk qiyam dalam mukhayyam
Tilawah
5ms sehari
Lebih baik lebih daripada kurang
Istighfar
70x sehari
Boleh semudah "astaghfirullah"; digalakkan dibuat lebih.
Zikir
400x sehari
Selain istighfar
Sedekah
RM5 (jumlah)
Ini jumlah besar, dialu-alukan untuk membuat lebih.
Hafal Hadith
2 hadith
Mana-mana dua hadith
Hafal Ayat Quran
Surah 8:60
Satu ayat sahaja
Sila serahkan mutabaah amal kepada Ustaz Umayr pada 27 Jun 2019 ketika tiba di kem.
Antum juga perlu menyiapkan bendera dan sorakan bagi seksyen anda.
Bendera perlu:
Sorakan perlu:
Sila muat naik lakaran bendera antum sebelum tamat 23 Jun 2019.
Lihat di bawah:
Sila rujuk deadline untuk setiap persiapan di atas.
Pilih orang yang paling antum percayai untuk jalankan tanggungjawab sebagai ketua.
Ketua mestilah orang yang paling antum taat dan paling boleh memacu seksyen antum untuk melaksanakan tugasan dengan sebaiknya.