Posts Tagged ‘motivasi’

KBM SMK Bintulu

Saturday, March 28th, 2009

“Hargailah pemberian sesiapa sahaja walaupun sekelumit…” ujar Pak Long, menggalakkan anak-anak buah KBM kami untuk tampil ke hadapan berkongsi kisah.

“Saya memohon maaf sekiranya saya berkasar…” ucap seorang pelajar Kasih SMK Bintulu ini dengan penuh rasa insaf dan berharap dimaaf.

“Di sini saya ingin meminta maaf, kalau saya ada terkasar bahasa.” Pengerusi PPI SMK Bintulu.

Itulah antara beberapa patah kata yang diucapkan peserta baru beberapa ketika yang lalu.

Kami kini sedang mengendali slot In-Team KBM untuk adik-daik yang begitu kami kasihi dan sayangi. Begitu sekali kami memujuk dan merayu mereka untuk berkongsi. Betapa mengawal dan memujuk manusia ini merupakan satu kemahiran tersendiri.